MLBA Trading

Pemacu pertanian lestari 

Kami bukan sekadar syarikat perunding pertanian

MLBA TRADING ialah sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang menjalankan aktiviti pembuatan, pembungkusan dan pemasaran baja bio – mikrob dengan jenama AG. Ditubuhkan pada tahun 2009 di Temerloh, Pahang dan sejak penubuhannya, MLBA TRADING telah melebarkan pasaran ke serata pelusuk negara dan berusaha untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia.

Atas dasar kesedaran tentang kelestarian pertanian dan permasalahan yang dihadapi oleh para pekebun berkaitan kos membaja, hasil yang kurang memuaskan dan juga pencemaran alam sekitar oleh penggunaan bahan kimia yang merbahaya, kami datang dengan alternatif yang dapat menyelesaikan masalah-masalah berikut. Dengan servis yang baik dan juga khidmat nasihat yang berguna, kami sentiasa bersedia untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan.

Respon yang baik daripada pengguna dan wakil jualan, hasil  peningkatan kualiti dari segi produk dan servis, MLBA SF SDN BHD berharap akan menjadi sebuah syarikat yang maju pada masa akan datang.

Pengurus Kanan

En. Alias Bin Husain

Pengurus

Dip in Agriculture, UPM. Berpengalaman luas dalam pengurusan syarikat , pembangunan produk dan pentadbiran ladang kelapa sawit.

Prof. Madya Dr. Mohd Yusoff Abd Samad

Penasihat Produk

Bachelor of Agriculture Science, UPM * Masters of Science (Enzyme Technology), UPM Doctor of Philosophy (Microbial Technology), UPM. Memiliki dua paten di mana salah satu adalah paten dalam negara dan satu paten di luar negara bagi produk biofungicide dan bajabio. Berkhidmat sebagai pegawai penyelidik kanan dalam kerajaan selama 22 tahun. Berkhidmat di Lembaga Koko Malaysia dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Koko. Menyertai UPM sebagai Profesor Madya sejak 2016.

En. Muhammad Luqman Alias

Penolong pengurus

* Dip in Business Admin, UiTM BBA (Hons) Marketing, UiTM . Mempunyai pengalaman yang luas dalam pemasaran bajabio-mikrob dan pentadbiran syarikat.