Baja Bio AG

PERTANIAN YANG MEMENTINGKAN PENGELUARAN DAN ALAM SEKITAR

Definisi Baja Bio

“Biofertilizer adalah bahan yang mengandungi mikroorganisma hidup yang apabila digunakan pada biji, permukaan tanaman, atau tanah dan mendorong pertumbuhan dengan meningkatkan bekalan atau ketersediaan nutrien utama kepada tanaman “ – Dr. Zulkifli Hj. Shamsuddin, UPM, Inaugural Lecture Of 17th June 2005

Diantara kesan penggunaan baja bio adalah termasuk :

  • Meningkatkan jumlah unsur nutrien.
  • Merangsang pertumbuhan tanaman.
  • Merangsang tanaman bagi penyerapan unsur nutrien.

Baja bio adalah bersifat multifungsi ( N + P + K + antagonists + PPGR)

  • N2 : bakteria pengikat (Rhizobium, Azospirillum, Azotobacter, Bacillus)

  • Mikrob – mikrob pelarut fosfat (Phosphate solubilizing microbes -PSM)

  • Plant promoting growth rhizobacteria – promoting substances seperti IAA (indole-3-acetic acid) dan IBA (indole-3-butyric acid)

  • Antagonis (merencat pertumbuhan patogen dan serangga perosak)

BAJA BIO MIKROB AG

Baja AG adalah satu produk bio mikrob yang kaya dengan zat galian, mineral, bio-organisma dan mengandungi 28 unsur di dalamnya. Baja Bio AG mempunyai 35 jenis bakteria yang berfungsi khas untuk mengikat nitrogen di udara dan melarut fosforus dan kalium di dalam tanah. Baja AG adalah 100% bio-organik dan mesra alam yang sesuai untuk kegunaan semua jenis tumbuhan. Ia lebih mudah diserap dengan cepat oleh tanaman kerana mengandungi bahan organik istimewa yang mengurai baja kepada bentuk yang ringkas dan merangsang pengambilan nutrien tersebut oleh tanaman. Bakteria khusus yang terdapat didalam setiap botol baja bio AG adalah aktif, sentiasa membiak dan dapat meningkatkan kadar pertukaran kation dalam tanah secara semulajadi. Ini akan dapat menjana penghasilan elemen makro dan mikro yang diperlukan oleh tumbuhan dengan secukupnya. Selain itu, baja AG ini sangat sesuai untuk tanaman di kawasan tanah gambut dan tanah hitam kerana mikrob yang terdapat di dalam baja ini akan bergerak aktif dan memerlukan karbon yang terdapat di dalam tanah.

Mikrob yang aktif yang terdapat dalam AG adalah gabungan :-

  • Bakteria fotosintesis
  • Bakteria asid laktik
  • Yis

Ketiga-tiga mikrob ini akan bergabung secara simbiosis bagi membina nutrien yang diperlukan oleh pertumbuhan. Gabungan ini dapat menghalang pertumbuhan mikrob yang bersifat parasit dan tidak berguna yang memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, ia juga amat sesuai untuk pembajaan tanaman menggunaan teknik tabur, siraman media dan penyemburan. Sesuai bagi sistem tanaman tanah, fertigasi, hidroponik dan aeroponik.

Kandungan Utama Baja Bio AG

FOLIAR

Foliar merupakan sejenis larutan organik ekstrak daripada pereputan dan penapaian tumbuhan terpilih dan tindakbalas antara bio-organisma baik (EM) bagi tujuan pertumbuhan, pembungaan dan pengeluaran buah yang sihat. Maka, terhasillah gabungan 35 jenis bakteria yang dikultur khusus untuk penyuburan tanaman dan pengkayaan tanah. Ia kaya dengan bio-mikrob, mineral organik, hormon pertumbuhan semulajadi, vitamin, asid amino dan nutrien tambahan yang amat diperlukan oleh tanaman. EM ini akan menjadi aktif dengan kehadiran matahari. Oleh yang demikian, larutan foliar AG ini sangat sesuai bagi merangsang pertumbuhan akar, daun, bunga dan buah.

GUANO

Guano Gred A merupakan  bahan organik asli tahi kelawar yang kaya dengan elemen-elemen makro dan mikro yang amat diperlukan oleh tanaman. Ia juga mengandungi hormon-hormon semulajadi, zat galian dan mineral yang amat diperlukan tanaman bagi tumbesaran akar, daun, bunga dan buah. Unsur Asas Baja (Base Fertilizer) iaitu N-5.7, P-8.6 dan K-2.0.

Yang mana N (nitrogen) adalah untuk menggalakkan pertumbuhan pokok dan daun, P (fosfat) perlu untuk menggalakkan pertumbuhan akar, manakala K (kalium) untuk penyuburan bunga dan buah. Effective Microorganism (EM) yang terkandung dalam guano membantu menguraikan sisa buangan dan mempercepatkan penghasilan kompos yang diperlukan oleh tumbuhan.

ZEOLITE

Zeolite merupakan sejenis bahan semulajadi yang terbentuk daripada tindak balas lava gunung berapi bagi menghasilkan hydrated aluminosilicates yang bersifat alkali. Struktur zeolite mengandungi ikatan silika aluminosilicate (Si-O-Al). Zeolite mempunyai kadar pertukaran ion yang tinggi. Oleh itu ion-ion ini mudah dikumpulkan dan dilepaskan sebagai nutrien disamping mengurangkan kadar kehilangan nutrien melalui pengaliran air. Maka zeolite bertindak sebagai ejen dalam memegang dan melepaskan nutrien-nutrien secara semulajadi daripada sumber-sumber di sekelilingnya samada tanah ataupun baja kepada tanaman mengikut kadar yang diperlukan. Oleh yang demikian zeolite sangat berguna di dalam bidang pertanian dan rawatan air

Perbandingan Kos

Baja Kimia

Contoh : 10 ekar
  • 10kg baja purata setahun (1 pokok)
  • 55 pokok (1 ekar) x 10 kg baja
  • = 550kg baja setahun
  • 550 kg baja / 50 kg (per bag baja)
  • = ± 11 bag baja / hektar / tahun
  • 11 bag x RM 80.00 (purata harga pasaran)
  • = RM 880.00 / ekar / tahun
  • RM 880.00 x 10 ekar

Baja Bio AG

Contoh : 10 ekar
  • 1 botol Baja Bio AG : RM 140.00
  • 1 Botol Baja Bio AG : 1 ekar
  • RM140.00 X 10 Ekar X 4 Pusingan (setahun)

Jumlah perbezaan kos adalah seperti berikut ;

  Kos baja kimia – Kos baja bio mikrob AG = Jumlah perbezaan kos

                RM 8,800.00 – RM 5,600.00 = RM 3,200.00

             Dengan peratus penjimatan sebanyak 36% setahun.

mempunyai soalan?

Soalan Lazim

  • Foliar
  • Guano
  • Zeolite

Bagi tanaman sawit yang belum mengeluarkan hasil , semburan dibuat pada keseluruhan pokok dengan kekerepan  enam minggu sekali. 3 liter + 16 liter air untuk 110 pokok.

Penyerapan Baja Bio Mikrob AG tetap berkesan walaupun hujan kerana setelah setengah jam selepas proses penyemburan, Baja Bio Mikrob AG telahpun meresap ke dalam tanaman.

Peratus penjimatan sebanyak 36% setahun.

 

Untuk meningkat hasil pengeluaran serta mesra alam dan penjimatan kos.

En. Muhammad

Pegawai Pemasaran